Tuesday, September 9, 2014

Pengembaraan baru bermula ... Hari kejadian yg pertama

Assalamualaikum.

Sebelum kak joyah melalut tak tentu pasal, just nak bgtahu cuba amal surah al-kahfi setiap jumaat. Semoga kita dilindungi dari fitnah dunia dari jumaat hingga jumaat akan datang. Sambil baca yassin untuk keluarga tu, apa salah nyer selit sekali surah al-kahfi untuk kesejahteraan keluarga dan musliman keseluruhannya.

Ok berbalik pada tajuk hari ini adalah pengembaraan baru bermula untuk menguruskan badan. Sekarang rasa malu tengok gambar sendiri ..sbb tu la jarang tulis blog, jarang upload gambar, hihihihi. Harap2program ini akan berjaya untuk minggu2 yg akan mendatang.

Nak amalkan gaya hidup sihat, insyaAllah.. sbb apa yg kita ada pun bukan milik kita.. jadi seelok-eloknya kena jaga sebaik mungkin ;)

Ahkak pun bukan apa, rasa macam down bila ramai yg dok tegur makin gemok especially time balik kg, huhu. Mula2 mcm nak marah juga bila org dok ckp2 macam tu, tapi bila pikir balik sudah sampai masa kita ambik positif apa yg orang dok cakap2 tu. So, hari ni ahkak pun start la dengan program diet yg tak tahu bertahan untuk hari ke berapa, hikhik. InsyaAllah, kena kuatkan semangat untuk jaga apa telah Dia pinjamkan buat sementara waktu ni.

Bila baca dalam internet, dapatla sedikit sebanyak info dan pencerahan untuk program ahkak ni. InsyaAllah kalau berjaya kak joyah buat post psl diet ni. Sebelum ni dah try herbalife tak sampai hujung jalan sbb tak mampu dik non. Kali ni kak joyah buat yang sekadar termampu sahaja, tanpa keluar duit bulan2. Duit yang keluar hanya nak beli lauk pauk yg biasa2 aja.

Buat masa ni, kak joyah guna semua benda yg free termasuk app dlm hp. App ni utk pastikan kak joyah ambik air kosong secukupnya. Selamat tinggal untuk nasik, mihun, mee dan seumpamanya. Ahkak minum pun air kosong je, no more nescafe tarik, teh tarik dan seangkatan dengannya, huhuhu.

Untuk rekod, berat kak joyah sekarang dalam 6+kg, harapan kak joyah semoga angka depan tu jadi 5 la. Tak larat dah kak joyah dok asyik angka 6 je. Sebelum umur ahkak makin meningkat dan penyakit 3 serangkai datang menyapa, baik kak joyah buat langkah drastik menangkis 3 serangkai ini.

Apa-apa pun kak joyah tak bolehla nk tayang weight scale ahkak. Yang ahkak boleh tayang, anak kak joyah je ye.

Ni anak2 angkat kak joyah, sian diorg takde sapa nk jaga










Ni saham akhirat kak joyah, tinggal berdua je sbb abe pegi sekolah ganti. Semoga anak2 kita semua dilindungi Allah swt.













Untuk hari2 berikutnya, nanti kak joyah update.... :):)

3 comments:

Blog Diva said...

aja!aja!fighting jie!!!

hahahaha aku nok gemok mu nok kurus. aku naik 4 kg jie...terkejut jgk bilo timbe kat tesco (aku test alat penimbang hok kat rak tu hehe belei2 timbe anok2) patut pun jeans aku sekok molek kalu nok cangkung. hahahaha..

mu jange putus asa. selamat berusaha!!!

Blog Diva said...

P/s: acu tepek gmbr ahkak2 baywatch kat cermin solek mu... jadikan inspirasi ahahahaha... peace!

jie @ azie said...

insyaAllah Teh, fighting!! fighting!!

Ok la tu naik 4kg napok skit muko tembam.. biar buleh supo cek mek zara gak, hihihi