Friday, August 15, 2014

Aidilfitri 1435H

Salam Jumaat penuh barakah untuk semua.

Sama-sama kita amalkan zikir ini setiap hari, semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati.


Sumber: http://kenjii88.blogspot.com/

Hari ni dah masuk 19 Syawal dan terdapat baki dalam 11 hari lagi sebelum Syawal melabuhkan tirai. Ingatan untuk diri sendiri sebab puasa 6 masih lagi berbaki 4 hari, huhuhu. InsyaAllah minggu depan nak pulun habiskan puasa. Kawan2 ofis ramai yg dah beraya puasa 6.

Semalam ada potluck breakfast kat ofis dan aku ditugaskan menyediakan nasi lemak untuk 20 orang makan. Aiyoo, ramai tu nak makan. Bangun pukul 4.30pg nak prepare nasi dan sambal bilis, malam tu dah cakap dengan bibik nak minta tolong dia prepare sekali. Bibik ni baru seminggu kerja sebab bibik lama dah berhenti. Bibik baru ni dah 8 tahun keje sini, jadi tak perlu nak cakap psl tugas2 semua. Bibik dah cakap dia nak tolong buat sambal bilis, aku ok je. Bila tengok dia buat macam lain je dari aku selalu buat selama ni. Dia goreng ikan bilis sekali dengan bawang dan cili kering dulu. Sebahagian bawang yang nak masukkan dalam sambal tu, dia belah 4 dan goreng sekali dengan lada kering. Bila dah siap goreng, dia blend bawang goreng dan cili kering sekali.

Masukkan semua dalam kuali dan masak tanpa letak minyak masak. Bila dah air kering, baru la letak minyak. Pastu masukkan ikan bilis dan bila dah betul2 kering sambal, masukkan air asam jawa, garam, gula dan gula melaka. Bila bawa ofis, semua ckp sedappp.. kena dengan selera diorg kot. Opss, sorry gambar lupa nak snap. Tajuk ni dah tersasar dari isi kandungan.

Akhir kalam,
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ;)









No comments: