Friday, June 27, 2014

Masak-masak Congo Bars

Assalamualaikum hari Jumaat yang barakah,

Alhmadulillah dah dekat 2 minggu kat kl panas, petang dan malam tadi hujan turun dengan lebat. Lepas hujan je, buka pintu dapur... ermmm..nyamannya bau rumput & pokok selepas hujan.

Sekarang tengah dok syiok buat projek membaking ngan anak2. Malam semalam buat 2 adunan congo bars untuk jamuan kat kelas ameerah. Malan tadi buat lagi 2 adunan untuk Zikry bawa ke sekolah dan sy bawa ke ofis. Memang penat tapi berbaloi sebab diorg pun tolong sama. Resepi ni sy suka buat sebab terlampau senang dan hasilnya memang sedap. Anak2 memang suka dengan coklat chips. Ni pun amzar dah request nak buat biskut raya, sabar dulu sayang raya lambat lagi. Kalau buat sekarang maknanya kena buat lagi bila dah dekat raya :)

Congo bars ni adalah rasa kek & biskut, kalau nak rasa kena try buat. Bahan2 pun takde susah nak jumpa dan cara penyediaan tersangatla senang. Mixer pun tak pakai, just gaul macam biasa. Setakat ini, sy dah 5 kali buat dengan menggunakan resepi yang sama dari blog masam manis. Bahan2 adalah seperti berikut:



RESEPI CONGO BAR
Sumber: blog masam manis
Bahan2:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder (sy suggest supaya guna brand royal, sebelum ni guna brand biasa dan hasil tak berapa cantik)
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter   (pastikan mentega dalam suhu bilik dan tidak lagi beku)
320 gm gula perang (kalau yg tak suka manis, kurangkan lagi sukatan gula perang. sy hanya guna 220gm)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional (sy tak letak)
Kepingan badam untuk taburan - optional (sy letak dan hasilnya menambah kesedapan)

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan kacau sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Disebabkan oven sy bersaiz kecil, sy bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 25-30 minit. Resepi asal bakar pada suhu 170C. Jangan terlebih bakar.



Next project yang rasa nak buat adalah Hokkaido Cupcake, dah print resepi cuma bahan2 tak cukup nak beli lagi... Selamat Berpuasa buat semua :)

2 comments:

Blog Diva said...

Waaaaah. ...kemain congo bar dia! Mana gmbr up close hok kerat doh nyo nok tgk...

Aku x ajin mkn congo bar... xleh imagine cara gano. Lain ko dengan brownies?

jie @ azie said...

teh,
aku tok dei nok ambik hok kerat, terus masuk bekas sbb ngantuk doh nok ambik gambar, hihihi..

Dia mace brownies tp brownies versi lembut, budak2 meme suko sbb ado choc chips tu.