Thursday, April 23, 2015

Kisah Kita


Kisah Kita - feat Nieyl ft. Sabhi Saddi

Terdiam kamu tanpa bicara
Tak mengulas apa kan terjadi


Membisu aku kerana buntu
Tak dapatku memutuskan kisah kita


Cinta
Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar


Cinta
Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua
Akan tahu segalanya

Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta
Telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar


Semua
Akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar


Kisah kita ternyata cuma sebentar


********
Tengah in dengan lagu ni sekarang *mood jiwang karat*, so sweet nieyl & sabhi. Bertambah sweet bila tengok citer Bencinta..kikiki

Ok, bubbye

Thursday, October 16, 2014

Kembali ke misi asal

Assalamalaikum,
Dah lama kak joyah tak menulis kat blog ni, asyik dok scroll blog2 lain je. Ni nak citer psl diet yang ke laut kak joyah.Tapi okla walaupun ke laut, dah turun 3kg. Masih banyak lagi yang perlu diturunkan. Harap2 Kak Joyah akan lebih konsisten untuk memastikan berat tidak bertambah lagi.

Setelah mendapat sokongan dari rakan sekerja yang sama2 nak diet, kak joyah sambung lagi misi kak joyah yang hanya hangat2 ayam dalam reban sebelum ini. Kali ini, harap2 dapat turun lagi ke berat yang ideal. Harapan agar by end of this year, dapatla berat seperti masa bersalin anak pertama, huhuhu

 

Wednesday, September 24, 2014

Berkebun dengan ilmu yang cuma sejengkal

Assalamualaikum,

Bila Blog Diva update blog pasal pokok cili dia, terus kak joyah rasa nak tulis skit pasal kebun. Kak joyah ada juga tanam bunga & sayur skit2. Yg bunga depan kat area porch, sayur2 kat belakang. Kadang2 kena cari hobi baru yg boleh nak release tension, hujung minggu boleh belek2, cabut rumput, tengok bunga, insyaAllah boleh release ketensionan yg melanda. Bila pokok sayur dah besar, best nyer feeling2 menuai hasil tanaman. Kangkung 2, 3 pohon pun jadi la.

Sebelum nak buat apa2 kena menuntut dulu ilmu yang ada. Senang je, kak joyah google je pengalaman orang tanam sayur dan bunga kat rumah. Mostly diorg semua tanam dalam pasu. Antara gambar2 yang membakar semangat kak joyah ;)

source: Greenfingers & google.com

** Bila tengok pokok bunga di bawah yg merimbun, hati kak joyah ni dokla menggeletis nak gi menziarah sg buluh nun..huhuhu








Tuesday, September 23, 2014

Hari yang ke 14 .. dah masuk 2 minggu

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk 2 minggu kak joyah berdiet dengan mengambil kalori yang rendah. Memang mencabar keimanan bila tengok orang makan sedap2, minum air sedap2. Bila masuk je kantin ofis, tengok je org minum nescafe ais atau teh tarik, dengan serta merta terus tertarik daboomm. Kak joyah kena kuatkan iman, kena tahan godaan itu semua, kadang2 ada jugak bila tak tahan terbabas juga kak joyah. Terorder juga nescafe ais, adusss..

So far dah 2 minggu ikut diet yg caca marba ni, kak joyah dah turun 2kg. Tak nampak sangat turun tu maklumla kak joyah ni kan sedikit obes, cuma dapat rasa la badan ringan. Yang jadi kemusykilan kak joyah, dalam 2,3 hari ni penimbang kak joyah asyik dok tunjuk berat yg sama. Aiii takleh jadi ni, penimbang ahkak rosak ke eh. Maklumla penimbang pun dok budget beli yg RM19 je pun. Ni nak kena upgrade penimbang dulu, kena beli yg digital baru accurate sikit kot. Senang ahkak nk monitor.

Ni gambar tahun 2010, harap2 dapat berat macam 4 tahun lepas..



Friday, September 12, 2014

Misi.. hari ke 4

Assalamualaikum..

Semoga hari jumaat ini penuh barakah untuk kita semua. Alhamdulillah, dah masuk 4 hari diet, ahaks. Kak Joyah terasa best pulak diet ni sbb dok mengira2 kalori intake tiap2 hari. Mungkin diet ni memakan masa 2 hingga 3 bulan tapi takpe kak joyah pasrah. Kak joyah taknak la diet yg stress, yang tak boleh makan byk benda. Terpulang kepada individu tapi ahkak lebih selesa mcm ni ;)

Untuk mudahkan kak joyah kira kalori, ahkak download app MyFitnessPal yang sangat2 membantu untuk kira kalori ni. Di samping tu ahkak jugak ada app untuk monitor water intake setiap hari.


Memang senang zaman teknologi hujung jari ni. Download, complete pastu boleh start guna...hihihi. Sekarang ni mmg boleh berjimat skit sbb bawa bekal breakfast dari rumah. Selalu simple2 je, kalau tak sempat bawa roti wholemeal je ;) Bfast hari ke 3...


Setakat ni, badan dah rasa ringan skit. Tunggu lagi 3 hari untuk timbang, harap2 turun, huhuhu.