Friday, September 12, 2014

Misi.. hari ke 4

Assalamualaikum..

Semoga hari jumaat ini penuh barakah untuk kita semua. Alhamdulillah, dah masuk 4 hari diet, ahaks. Kak Joyah terasa best pulak diet ni sbb dok mengira2 kalori intake tiap2 hari. Mungkin diet ni memakan masa 2 hingga 3 bulan tapi takpe kak joyah pasrah. Kak joyah taknak la diet yg stress, yang tak boleh makan byk benda. Terpulang kepada individu tapi ahkak lebih selesa mcm ni ;)

Untuk mudahkan kak joyah kira kalori, ahkak download app MyFitnessPal yang sangat2 membantu untuk kira kalori ni. Di samping tu ahkak jugak ada app untuk monitor water intake setiap hari.


Memang senang zaman teknologi hujung jari ni. Download, complete pastu boleh start guna...hihihi. Sekarang ni mmg boleh berjimat skit sbb bawa bekal breakfast dari rumah. Selalu simple2 je, kalau tak sempat bawa roti wholemeal je ;) Bfast hari ke 3...


Setakat ni, badan dah rasa ringan skit. Tunggu lagi 3 hari untuk timbang, harap2 turun, huhuhu.

No comments: