Tuesday, June 10, 2014

Assalamualaikum... setelah 11 bulan 'hilang'

Hihihi, baru sedar dah 11 bulan tak update blog. Sibuk dengan urusan anak2, kerja dan keluarga secara keseluruhannya. Rutin harian macam biasa, masih sama, bangun pagi pegi kerja, balik kerja, tgk homework anak2, tidokan anak2, dan rutin sentiasa sama dalam 5 hari bekerja. Bila hari minggu pula, rutin berubah sedikit je. Buat masa ini Zikry dah darjah 2, Amzar dah 5 thn dah masuk tadika dan yg tinggal kat rumah hanya Amalin sorang. Dalam masa 11 bulan ni juga banyak perkara yg terjadi dan macam2 ujian yang ditempuhi. Dah makin tua, makin banyak ujian dan dugaan yang diterima. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana semuanya dapat diselesaikan :)

Usia blog pun dah masuk 5 tahun. Sebelum ni, rasanya tulis blog pun main tulis je apa yg terfikir nak tulis. Bila dah bertapa selama 11 bulan ni rasanya nak tulis blog dengan lebih fokus kepada sesuatu perkara. Bila pikir2 balik, rasanya I ni lebih minat kepada perkara apa. Kalau nak bercerita pasal tanaman pun tak pandai setakat pandai tanam tapi tak tumbuh2 tu takkan nak cerita pasal pengalaman menanam pulak, ye dak? Rasanya lebih kepada memasak sebab minat memasak tu lebih daripada yg lain-lain. Mungkin lebih fokus pada resepi2 simple yang tak perlu nak duk kat dapur lama2 dan cerita anak2, hihihi .. Untuk masakan tu, lebih kepada step by step macam mana nak prepare .. Bukan apa boleh buat untuk rujukan anak2 nanti.. cheeewaahh..

Setakat ini dulu pengenalan selepas 11 bulan hilang, kita tgk nanti tuan tanah ni update ke tak.. entah2 lagi 11 bulan baru update pulak, kikikiki...



No comments: