Tak de mood nak keje disebabkan berlaku sesuatu perkara pagi tadi. Tak best, rasa macam nak balik je. Kitaorg bila lepas raya akan ada jamuan hari raya utk semua staf dan setiap unit. Alkisahnya, esok adalah jamuan raya untuk semua staf dan lusa adalah jamuan utk unit aku. Semua org tgh sibuk dok discuss2 apa yg perlu. Selalunya ktorg akan sibuk untuk preparation bagi unit sebab kalau untuk semua staf tu caterer yg handle. Kitaorg pi pilih makanan je, pastu santap la dari pukul 11 pagi sampai 3 petang. Makan la sepuas hati. Bila banyak macam ni nasibla kalau perut tak berapa nak sihat, mc la jawabnya esok hari..kihkihkih. Sejak kena sakit perut teruk hari tu, aku memang scan dulu makanan yg ingin dimakan. Serik bila kena dengan muntah skali. Makan skit pastu muntah...eiiii, nauzubillah. tak nak kejadian tu berulang.
So untuk jamuan unit ni, ktorg perlu incharge order makanan ikut department. Senang skit, order je.. duit dah siap collect. Dengar2 menu nyer mabeles jugak siap ngan hiburan sekali noks. Tu yg tak tahan tu.. hari jumaat tapi ada karaoke. Terpaksa ikutkan je la, special request dari big boss..huhuhu.
Yang pasti..janji Allah swt adalah PASTI...
Wednesday, September 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment