Pagi tadi pegi check up, pegi awal dah smpai sana pukul 8.20 am. Sampai2 org dah ramai, bila bukak je pintu terus aku gi ambik nombor cepat2. Mmg malu sbb aku baru je sampai tapi cepat2 pegi kaunter sbbnya aku kena masuk keje la pulak. Dahla last week dah masuk pkl 12, this week kalau boleh nak la masuk awal skit. Lagipun hari ni ada potluck kat ofis, adala bawak beledo pandan. Kalau lewat sgt takut plak beledo busuk dlm kereta. Hari ni mcm biasa en one ada conference call, kalau lambat habis jawabnya sorang2 la aku masuk bilik doc. Pegi ambik no kat kaunter dpt la no. 3, fuuuhhhh lega.. kalau selalu mesti dpt no.9 atau 10. Boleh la cepat skit kali ni, hehehehe.
Bila check bp, ok..berat turun kepada 70kg adalah turun 1/2 kg dari last week. Masuk bilik doc, borak2 jap pastu check perut. Masa borak2 tu doc dah ckp baby u ni mcm dah 3kg lebih. Pastu aku ckpla last week dlm 2.9 kg doc. Bila check mmg dah 3.13kg, naik 1.13 kg dari last week. Opsss, apa yg aku makan ni.. nasi dah tak makan mlm. Makan nasi hanya waktu lunchie shj, pagi pun kdg2 je belasah bihun or mee goreng. Doc ckp kena kurangkan makan nasi, makanan manis2 & makan yg sihat shj spt susu, buah2 dan seangkatan dengannya. Sila lupakan utk makan aiskrim or cake utk lpskan gian yer.. masa dgr nasihat tu, dah terbantut la aku nk belasah en one kat kenny rogers..huhuhu. Takpe la lupakan hasrat itu demi kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri. Doc pun ckp baby dah turun dan tunggu masa utk sakit shj. Ni yg buat lagi berdebar2 ni. Doc ckp gak kalau baby dah 4kg & still takde tanda2 nak bersalin, aku kena induce (lagi serammm).
Lepas check up dalam pkl 10, dah gerak ke ofis balik. Smpai dlm pkl 10.40, diorg dah makan2 kt pantry terus pegi bawak beledo ke pantry. Kalau tidak kerana aku tgh menunggu hari nk bersalin, aku kena ke team building unit kat ayer keroh, melaka. Alhamdulillah, tak pyh pegi.. semua executive kena attend, esok baru balik. So, ktorg ni masing2 duk beronggeng & bermalas-malasan kt ofis. Tu yang buat makan2 hari ni.
Untuk kat ofis, aku dah tercungap-cungap ni, list utk hand over dah siap tapi org yg nak take over tu pun busy je. Nak dtg discuss pun tak dtg2, last2 depan bos ptg semalam baru la terhegeh2 ckp dgn aku nak discuss this Monday. Aku tak kisah, kalau esok or ahad aku bersalin.. nasib la yer. Tahu la nak mengampu tapi agak2 la beb. Takkan benda kecik pun ko tak boleh nk settle. Bukan aku nak suruh ko berguru dgn aku, cuma dtg la jumpa aku.. aku nak brief je apa yg still pending. Aku ni cuti bukan seminggu dua je tau.. 2 bulan got that!! Geram aku dgn kaki ampu ni. Depan bos baru la sibuk2 mention nak discuss senin ni. Sebelum tu, kenapa tak ckp dgn aku.. bukannya duk sebatu tapi selang 1 meja je. Ok, fullstop!!! cukupla dgn si pengampu ni. Malas nak layan.... layan hantu kak limah balik rumah lagi best!!!hehehehe (xde kena mengena langsung).
Friday, April 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
semoga dipermudahkn...& selamat kedua2nya...
ank ida paling besar, tubik 3.6kg...siksa jgk tu...arap2 bby girl jie ni xbsr mane...
menunggu hari doh mung...all da best!pastikan TOT berjalan lancar,jgn jadi cam aku ms beranok naufal dlu,x dey tinggal amanat kjo sbb tetibo beranok...
Eda: InsyaAllah, harap2 semua ok la. Takut & berdebar2 jgk ni .. tapi, still kena dtg ofis. Ikutkan hati nak je cuti tapi keje tak siap lg..huhuhu
Mah: aku siap doh email list ko hok nok ganti aku tu. Bos aku siap reply suh dio discuss dgn aku tapi, dio buat tak tahu jah. malas aku nok layan mamat tu. Biar je la...pandai2 la dio lps ni.
all the best jie...wah..besar jugak ke baby kali ni....berat pun dah 70kg..boleh tahan mu jie....aku yg 64kg ni pun dah mengah2...hahaha
btw...cukup lah aku aisyah 3.76kg....aku punya lah berdoa supaya yg ni kecik2 aje...elok pun...Dr kate tak besar macam aisyah...tak larat nak teran keluar...mu both yg boys tu normal delivery ke?...adoi...besar pelvis mu ni..boleh keluar besar2..:)
hahaha..aku seblm mengandung doh 60kg siti. masa tu baru plan nak diet tetiba mengandung, hihihi. tu yg tak jadi nak diet tu. Bila pregnant still diet sbb tak makan malam tu pun baby aku doh 3.2kg..huhuhu.
aku dua-dua normal, hok 1st 3.2kg, maso 2nd baby aku tubik 3.9kg, nauzubillah tokse doh aku baby besar ni serik. cepat2 la baby 3rd ni kuar, jgn la besar sgt ;)
Post a Comment