Wednesday, April 7, 2010

Need new shoes

Reason:
Ana sakit pinggang, so dah tak boleh pakai kasut/sandal yg ada heel.. Kena pakai flat shoes je. Selamat tinggal la heel.

Rentetan Citer:
Pagi semalam ana angkat file, ada la dalam 10 biji (maklumla unit ni tak dok ofis boy, semua kena buat sendiri). Bila dah nak balik tu rasa semacam je kat pinggang pastu bila nak masuk je kereta, sakitnya pinggang. Nasib baik boleh drive balik sampai rumah. Sampai je rumah terus ckp dgn cik bik minta dia urut sbb ana dah tak boleh nk berdiri dgn betul. Dalam hati, nasib baikla dpt bibik yg pandai mengurut. Bila cik bik urut tu sakitnya nyerrr.. dari kaki smpai la kat pinggang. Sambil mengurut tu cik bik dok bebel la kat aku sbb pakai kasut yg ada heel. Tak payah pakai kasut tinggi2 nyonya, ni dah sakit kaki...huhuhu (dengar je la bebelan cik bik walaupun dah banyak kali dia ckp, nak nangis menahan sakit). Zikry & Amzar sibuk gakla mengurut ana sama. Nak kata ana tak exercise, dah exercise walaupun 1,2 kali seminggu.

Faktor2 sakit pinggang (agak2 je la)
* Sbb masa aku pregnant Amzar, mmg berat rasa bebanan kaki - baby (3.9kg). Ada manager kat ofis ana kena buat fisioterapi sbb sakit pinggang (reason: 4 org anak dia semua dlm 4kg bila lahir).
* Drive hari2 dari Kajang-KL & KL-Kajang (pakai kereta manual)
* Dok mengangkut brg2 berat kat ofis
* Berat badan yg semakin bertambah (hohoho, kena diet nih)

Skrg ni terpaksa godek2 balik kasut lama yg takde heel. Pakai je la kasut wpun dah berusia 2thn. Dah nampak ke'tua'an kasut tu tapi belasah je la. Disbbkan teruja nak beli kasut baru aku google kasut yg berkenan di hati tapi tak tahu la rege nyer mcm mana. Bab2 harga ni kena sesuwai skit, hahaha. Tak boleh la nak beli walaupun berkenan kalau rege out of budget, kehkeh. Kena bg 'hint' kat en one ni..ekekeke

Kasut2 yg tercalon..hehehe



























Yang paling ana sukerrr ;)

2 comments:

Blog Diva said...

beli kasut boot gi baruh tu la jie. jamin tok sakit pingge doh ;p bahahahha...

jie @ azie said...

tu aa teh, ingt nook beli sebutir ;p
aku ni setakat tgk gmbar jah la beli nyo tok tahu bilo..sokmo gitu, koya jah lebihhh..