Wednesday, November 18, 2009

Bila mengenangkan masa depan

Lately, aku ditimpa pelbagai masalah di ofis. Nak share dgn en one, dia pun terlalu bz sbb us dah nak cuti christmas so kena settlekan semua keje sblm christmas .. mlm td pun balik pkl 1.30 pg, anak2 semua dah tido. Semalam pkl 9.00 am aku gi naik jumpa 'big' bos bersama team members yg lain. Ni sessi 'memekak' kan telinga la. Boleh la tahan selama 1 jam jugak la sessi tu. Layan je la beb, bos ni kan suka sgt membebel tambah2 pulak big boss ni pompuan. Ni pun bukan kali pertama kena, sampai aku pun dah mcm malas nak layan, dengar je la. Kuar bilik, lupakan je la apa yg telah dibebel, yg baik jadi teladan, yg tak baik tu suka hati la bukan dia pun yg byr gaji. Cons keje company ni, kita bukan bekerja dgn seseorg (empunya company mcm sdn bhd). Selama bekerja ni mcm2 dah aku kena so, yg ni cabaran je la. Tapi bos atas aku cam bengang giler la, tu lumrah biasa ...hehehe

Bila balik dari ofis, drive sorang2 lalu highway g besi sambil layan sinar.. selalu aku berangan aku nak buat apa la kalau resign dari job skrg. Nak bekerja sendiri la pulak tp modal takde lagi. Takpe berangan dulu sblm jadi kenyataan, jadi aku ada kerja & boleh handle anak2 aku sekali. Mcm Sue (member pc) dulu dah boleh bukak butik dari online terus dpt bukak 2 butik di bangi 1 & di klate 1.. mmg inspiring la sue..tabik kat dia. Mcm mana aku nak jadi cam dia. Ada sorang lg bukak tadik & taska, ni aku baca dari blog dia.
Ntahla aku nak buat apa, kena betul2 research & tanya org2 yg berkaitan dgn bisnes ni. Aku pun tak tahu whether mr one agree or not kalau aku. Rasanya aku akan kena sindir dgn FIL aku kalau berenti keje (mcm aku ni menghabiskan duit anak lelaki dia la). Kalau sekarang, tak nak la aku quit lg, belum stabil lg hidup ni.. modal pun xde lagi nak start bisnes. Kalau nak buat kecil-kecilan boleh la kot. Cuma byk nak kena belajar - marketing, account, etc.

Sekarang ni tgh memikirkan berjimat cermat utk saving duit baiki rumah kat kg (sian kat ma aku rumah sokmo tirih/bocor). Kami adik beradik berpakat contribute duit utk baiki.
Adik-beradik aku jugak bertungkus lumus mengumpul duit utk hantar ma aku gi haji. Kami bukan anak org senang yg boleh jual tanah @ duit simpanan utk ma aku gi haji. Insya-Allah semoga cepat kami kumpul duit utk ma gi sekali dgn long & abg long...

Maybe aku kena buat dua kerja - makan gaji & berniaga kecil-kecilan. Bila bab berniaga kecil-kecilan ni bukan aku tak pernah buat, dah buat tp pulangan tidak memberangsangkan. Kena belajar lagi mcm mana nak berbisnes ni. Ada kakak mrsmpc dulu buat dua keje - makan gaji & jahit skirt sendiri then dia jual (http://ms-okinokiyo.blogspot.com/). mmg salute la kat dia. Bila la aku nk jadi mcm diorg ni.




















*pic taken from here

3 comments:

LeezaNM said...

akak pun selalu berangan cam azie...tp semenyer belum menjadi...betul kater azie...byk kena belajar...biler agaknya azie kiter buleh berjaya...cam diorg2 yg dah berjaya tu ye...jeles je kadang...tp kena optimis...one day...masa kiter akan dtg ....

jie @ azie said...

tu la kak lieza..insyaAllah kak, usaha tangga kejayan..

Cikgi Diva :-) said...

eh jie...okinokiyo tu sapo senior kito? saya ada ikut blog dia gak...tapi sekadar suka2 taktau sapa owner dia