Wednesday, July 29, 2009

Ikan Siakap Stim - request by Teh

Ikan Siakap Stim
Sumber Myresepi oleh Mat Gebu ; Resepi Khas dari Chef Florence Tan

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
* 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih)
* 1/2 camca teh garam
* 1/2 camca teh tepung jagung
* 1/2 camca teh lada sulah
* 3 camca besar jus limau kasturi* (kalu nak masam kasi letak lebih)
* 1 1/2 camca besar minyak masak*
* 1 1/2 camca teh gula*
* 1/2 camca teh garam*
* 5 - 10 biji cili padi, dihiris*-guna 3 biji cili merah
* 2 batang serai, dihiris halus*
* 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
* 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
* 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
* 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
* 1/2 camca teh tepung jagung*
* 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

p/s: Aku masukkan air lebih sebab nak kuah banyak, so air limau kasturi pun kena tambah gaks..
nak lebih sedap masukkan masin2 (asam boi)...terangkat.. mak mertua lalu tak nampak :)

2 comments:

Blog Diva said...

timo kasih..xpasal² glemer!

jie @ azie said...

teh: aku tunggu mu try recipe aku(perase sendiri), hahaha