Wednesday, April 25, 2012

Birthday Hat-trick

Assalamualaikum....

Entry kali ni berkisar tentang birthday celebration. Saje je buat 1 entry utk semua birthday. Birthday ni adalah utk Zikry, Amzar & Aina+Hurin (anak buah en One).

Utk birthday zikry, kami buat kat rumah kak long since zikry mmg selalu pi sana. Actually birtday zikry 5 Feb tapi kami buat 26/2/2012, terpaksa drag sbb byk urusan yg perlu dilakukan bila tiba sabtu & ahad. Buat pun simple je just makan2 utk family. Menu hari tu satey & kuih muih buat makan2 utk minum petang. Abe dah dapat advance hadiah so mmg takde hadiah on that day. Birthday cake pun warna pink, main beli je ais krim cake kt kedai bakery area rumah. Takpe next year kita buat yg lebih organized, hihihi.















Amzar teruja tgk kek abe yg dipenuhi strawberry. Abe & adik sgt excited nak tiup lilin, tak sabar nk suruh papa nyalakan lilin.
















Untuk Amzar, kami buat awal bulan aritu. Kebetulan Kak Long nak masak lodeh sbb ramai yg request jadi buat sekaligus buat birtday utk amzar. Bila dah besar ni, abe dah tahu bila birthday adik. Sibuk la dok tnya bila nak buat tiup lilin utk adik. Pening2.
Ktorg selalu weekend akan ada majlis makan2 family belah en one dan selalu nyer abglong@kaklong yg akan jadi event sponsor, hihihi. |Semua adik beradik en One akan berkumpul & akan makan2. Kadang2 rumah aku, tp selalunya rumah abglong la. Masa ni la semua akan update citer masing2 tak terkecuali gossip@kg, hihihi. Saling update utk memastikan semua org tahu, hihihi. Untuk event kali ni, kak long buat lodeh & mcm2 lauk utk dimakan bersama lodeh. Lupa la nak snap lauk2 tu. Antara yg terhidang adalah kuah lodeh, rendang daging, ayam goreng, sambal ikan bilis & satay. kami mcm biasa akan sponsor kek & satay. Asyik2 satay je kan sponsor (maklumla nama pun org kajang, mestila satay tak lupa, ekekeke) padahal satay je la makanan yg sedap & semua org makan.Kali ni kak long masak banyak & ajak jgk my sis sekali dtg makan.










The boys with masterchef m'sia.





















Birthday yg last ni spesel sikit sbb tuanpunya blog diundang ke hotel yg berstar2 sempena celebrate besday anak buah en one (aina & hurin). Canggihla jaman skrg ni, birthday pun ada tema2, aku ingt majlis kawen je ada tema2 color ni (aku jakun!!!). Demi memenuhi undangan, kami ke Mar*riot Putrajaya sempena double celebration Aina & Hurin. Dress code kali ni blue & pink, sib baik ada baju biru..kalau tak aku redah jek pakai baju apa2pun. Abg ipar buat pun kecil-kecilan..ajak family & close friends. Kebetulan masa ni my inlaws ada kat KL, diorg pun join skali. Majlis start dalam pkl 12.00 tgahri tp dalam pkl 1 mcm tu baru ktorg sampai. Birthday girls pun dah canteek dressing sambut tetamu...sweet you.
Overall mmg best, nama pun hotelkan.. glamourous & happening. Siap ada group yg mainkan lagu (rugi plak tak ambik gmbar).. Untuk org ada2 okla kat hotel, utk rakyat marhain mcm aku ni kalau ada kek utk celebrate pun dah byk syukurrr ;)
















4 comments:

Mummy Sher said...

salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

jie @ azie said...

i follow...

EdaManAli said...

this coming May turn Iman plak...cuma PK nk buat b'day goodies je, anta ke skoloh...party jrg buat yg organize, simple dimple je...tp party tu mmg napok best, kt umah apelg kt hotel...wow!!! bile laa ank2ku nk celebrate kt hotel...mungkin tidak kot...huhuhuhuuu...kami pon rakyat marhain, jie...

jie @ azie said...

tu la ida kan, kalu doh dekat nga besday anak2 mace2 pikir. jie pun buat simple jah..best jgk buat b'dy goodies then htr ke sekolah, mesti iman enjoiceee... :)